3 jenis PART TIME yang dapat membantu MEREALISASIKAN IMPIAN anda

 

Seperti yang telah dibincangkan dalam artikel yang lepas, saya telah memperkatakan bahawa ada 3 jenis kerja sambilan / part time yang boleh anda lakukan bagi membantu menambahkan sumber pendapatan anda bagi merealisasikan impian anda serta menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Dalam artikel kali ini, saya akan huraikan dengan lebih lanjut 3 jenis kerja sambilan / part time ini agar anda lebih faham dan jelas jenis yang mana sesuai untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan tambahan.

 

1. Kerja sambilan / part time yang memerlukan masa dan tenaga.

  • Untuk kerja sambilan jenis ini, ia lebih kepada anda membuat sesuatu pekerjaan tambahan yang ada ditawarkan diluar sana. Ia seperti pekerjaan biasa cuma bezanya adalah upah anda akan dinilai atau dibayar berdasarkan berapa banyak masa anda bekerja atau berapa banyak yang anda berjaya siapkan sesuatu pekerjaan itu.

2. Kerja sambilan yang memerlukan modal.

  • Untuk kerja sambilan jenis ini pula, ia tidak terikat dengan masa atau tenaga anda tetapi ia memerlukan modal wang ringgit untuk melakukannya. Ia lebih sesuai diperkatakan anda melakukan perniagaan. Perniagaan yang dimaksudkan di sini adalah anda mengeluarkan sejumlah modal yang telah ditetapkan oleh pihak pengeluar produk untuk mendapatkan produk pada jumlah atau kuantiti tertentu bagi mendapatkan harga produk sebagai pengedar atau jauh lebih murah dari harga asal produk itu. Anda memperolehi pendapatan melalui keuntungan yang anda berjaya menjual produk mengikut harga asal produk itu.

3. Kerja sambilan / part time yang memerlukan kemahiran atau bakat anda.

  • Berbeza dengan 2 jenis kerja sambilan / part time yang disebutkan sebelum ini, kerja sambilan / part time jenis ini ia tidak bergantung pada mana-mana pihak tetapi bergantung sepenuhnya pada kemahiran atau bakat yang ada pada diri sendiri. Maksudnya di sini adalah segala usaha dan masa malah modal yang anda laburkan kesemuanya digunakan untuk diri sendiri bukan untuk pihak lain. Pendapatan akan terhasil melalui perkhidmatan yang anda berikan melalui kemahiran anda itu sama ada anda menghasilkan sesuatu produk darinya untuk diperdagangkan atau memberi perkhidmatan bagi memenuhi kehendak pelanggan ataupun menyelesaikan masalah pelanggan melalui kemahiran anda itu.

 

Anda perlu membuat pilihan yang tepat kerja sambilan yang mana sesuai untuk anda lakukan supaya anda tidak tersilap langkah yang boleh mengakibatkan anda terpaksa menanggung risiko tanpa diduga.

Untuk memudahkan anda membuat pilihan yang tepat, dalam artikel yang akan datang saya akan membantu anda untuk membuat pilihan yang mana sesuai dan terbaik untuk dijadikan kerja sambilan / part time yang dapat membantu anda serta dapat mencapaikan impian anda.

 

Siti Naduwa
Founder / Pengasas
Wawan Tailor Trading (SA0322052-K)
-Sentuhan Jarum Emas-
Web : www.RahsiaBajuKurung.com
Blog : blog.WawanTailor.com
FB : www.facebook.com/BelajarJahitWawanTailor
Telegram Channel : telegram.me/BelajarJahitWawanTailor

PS: Sekiranya anda masih tercari-cari kerja sambilan apa yang sesuai untuk membantu menambahkan pendapatan anda bagi merealisaikan impian anda, mungkin anda boleh mempertimbangkan bidang jahitan pakaian untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan tambahan anda. Klik disini untuk maklumat lanjut berkenaan bidang jahitan pakaian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *