4 kaedah bagaimana KEMAHIRAN atau BAKAT dapat dibina dalam diri

 

Untuk tidak membuang masa, kita akan terus membincangkan topik yang telah dijanjikan dalam artikel sebelum ini berkenaan…

“Bagaimana sesuatu kemahiran atau bakat dapat dicipta dan dibina dalam diri”

Baiklah, berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, kemahiran atau bakat dapat dicipta dan dibina dalam diri dengan melalui 4 kaedah iaitu:

  1. Mendapatkan sumber maklumat dari internet.
  2. Membaca buku-buku berkenaan bidang kemahiran yang ingin diceburi itu.
  3. Mempelajari kemahiran daripada orang yang mahir atau yang berpengalaman.
  4. Mengikuti kelas,kursus atau bengkel kemahiran yang ada ditawarkan diluar sana.

Sekarang anda sudah tahu bagaimana kemahiran itu dapat dicipta dan dibina dalam diri.

Terdapat banyak kemahiran yang anda boleh ceburi tetapi perlu diingatkan, anda perlu pilih kemahiran yang sesuai dan diminati agar anda dapat lakukannya dengan rasa seronok dan tidak membebankan diri.

Ini penting kerana untuk memahirkan diri sesuatu kemahiran bukannya mudah. Terdapat banyak proses yang anda perlu lalui bagi menguasai kemahiran yang nak diceburi itu.

Dalam banyak-banyak kemahiran yang ada, kemahiran apa yang anda mahu ceburi?

Apa sebabnya anda membuat keputusan untuk memilih kemahiran itu?

Setiap pilihan pasti ada sebabnya bukan?

Nak tahu tak kenapa saya pilih bidang jahitan daripada banyak-banyak bidang kemahiran yang ada?

Ada banyak sebab mengapa saya memilih bidang jahitan ini yang pastinya ia memberi banyak manfaat kepada diri saya dan juga pada ramai orang.

Jika anda nak tahu, nantikan artikel saya yang seterusnya di mana saya akan huraikan lebih lanjut kelebihan bidang jahitan ini. Ada berita gembira buat anda nanti.

 

Siti Naduwa
Founder / Pengasas
Wawan Tailor Trading (SA0322052-K)
-Sentuhan Jarum Emas-
Web : www.RahsiaBajuKurung.com
Blog : blog.WawanTailor.com
FB : www.facebook.com/BelajarJahitWawanTailor
Telegram Channel : telegram.me/BelajarJahitWawanTailor

PS: Sekiranya anda mahu menjadikan kemahiran menjahit sebagai kemahiran yang anda ingin ceburi, layari http://produk.wawantailor.com atau klik disini untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *