BERBALOI atau TIDAK pelaburan untuk menjalankan aktiviti menjahit ini?

 

Pada pandangan ORANG YANG BERDUIT, untuk beberapa ratus ringgit amat KECIL NILAINYA bagi mereka tetapi sebaliknya bagi mereka yang KURANG BERDUIT ia adalah satu jumlah yang BESAR buat mereka. Pastinya kita mahukan setiap wang ringgit yang kita keluarkan mendapat hasil yang SETIMPAL mengikut nilai yang kita laburkan bahkan dapat memberi KEUNTUNGAN kepada kita.

Memang betul, untuk menjalankan aktiviti menjahit terutama sekali menjahit pakaian, kita PERLU menyediakan beberapa jumlah wang Ringgit untuk diperuntukkan bagi membeli mesin jahit dan barang-barang kelengkapan jahitan yang lain bagi menjalankan operasi menjahit.

TETAPI, dalam artikel kali ini, saya ingin kongsikan kepada anda,

BAGAIMANA SETIAP WANG RINGGIT YANG KITA LABURKAN UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI MENJAHIT INI, BERBALOI…

Berikut adalah contoh kiraan secara kasar sekiranya anda menjahit Baju Kurung:

Andaikan anda membeli sebuah mesin jahit mudah alih yang berharga RM350. Kemudian, barangan asas jahitan lain yang diperlukan seperti gunting, pembaris, pita pengukur, jarum, benang dan beberapa bahan kecil yang lain aggaran jumlah harganya dalam RM20. Jadi jumlah keselurahan kos adalah sebanyak RM370.

Bagi memudahkan pengiraan, jumlah keseluran kos ini kita bahagikan kepada 1 tahun. Dalam setahun ada 12 bulan, ini bermakna sekiranya RM370 dibahgikan kepada 12 akan mendapat nilainya RM30.83. Jadi, modal bulanan untuk memiliki kesemua barangan ini adalah RM30.83 sebulan. Kesemua barangan yang dinyatakan ini boleh BERTAHAN selama mana anda menjahit selagi ia tidak hilang atau rosak.

Dengan menjahit purata 1 pasang baju kurung sebulan, dengan upah menjahit Baju Kurung pula antara RM30 ke RM50 sepasang bergantung kepada kawasan samada bandar atau luar bandar. Anda sudah pun medapat kembali modal yang dikeluarkan.

Hanya memperuntukkan SEPASANG Baju Kurung sahaja untuk SEBULAN, anda sudah mendapat balik modal anda. Ini belum lagi dikira untungnya jika dalam masa sebulan anda mengambil upah menjahit 2 atau 3 pasang baju.

Sebagai permulaan, anda boleh mulakan dengan mengambil upah menjahit baju jiran, saudara-mara dan rakan-rakan terdekat anda. Pastikan anda mempersembahkan hasil jahitan terbaik anda dan mereka pasti akan menjadi pelanggan tetap anda. Pelanggan tetap anda akan bertambah dari masa ke semasa. InsyaAllah….

Sekiranya anda mahu menjadikan bidang jahitan ini sebagai sumber pendapatan atau tambahan anda, anda perlu mempelajarinya jahitan apa yang anda hendak ceburi itu. Jahitan ada dalam bentuk jahitan pakaian, jahitan kraftangan, jahitan sulaman dan sebagainya.

Sekiranya anda ingin menceburi bidang jahitan pakaian dan mahu menghasilkan pakaian Baju Kurung sebagai langkah permulaan anda, Pakej Video/DVD “Panduan Bisnes Jahit Baju Kurung Dari Rumah” dapat membantu anda untuk mempelajari teknik menjahit Baju Kurung yang ditunjukkan secara praktikal melalui rakaman video. Bukan itu sahaja, ia juga turut disertakan dengan teknik dan strategi yang boleh digunakan sebagai permulaan untuk mempromosikan perniagaan jahitan anda. KLIK DISNI untuk maklumat lanjut atau layari http://www.RahsiaBajuKurung.com untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *