JUAL DIRI untuk menampung kos sara hidup?

      No Comments on JUAL DIRI untuk menampung kos sara hidup?

 

Seperti yang telah saya janjikan dalam artikel yang lepas, saya ada memberitahu pada anda yang saya akan membantu anda untuk membuat pilihan kerja sambilan / part time yang mana sesuai untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan tambahan untuk anda lakukan bagi menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Berikut adalah ciri-ciri kerja sambilan / part time yang IDEAL untuk anda jadikan sebagai panduan…

  1. Kerja sambilan itu dapat memberi KESERONOKAN pada kita untuk melakukannya.
  2. Kerja sambilan itu dapat membantu MENYELESAIKAN MASALAH yang kita hadapi.
  3. TIADA LIMIT STOK atau stok produk yang TERHAD.
  4. Kerja sambilan yang dapat DIKEMBANGKAN atau DIPERBESARKAN.
  5. Kerja sambilan yang dapat kita TENTUKAN berapa banyak pendapatan yang kita nak CAPAI.

 

Ok, jika anda tanya pada saya yang mana satu jenis kerja sambilan / part time yang dapat memenuhi kesemua ciri-ciri ini, sudah pasti saya akan menggunakan kemahiran yang ada pada diri sendiri untuk dijadikan sebagai kerja sambilan / part time saya.

Mengapa saya berkata begitu??? Ini antara SEBAB-SEBABnya……

  • Cuba anda bayangkan yang anda baru sahaja selesai kerja di tempat kerja utama anda, kemudian sambung pula pekerjaan part time diluar. Sudahlah penat kerja tadi belum pulih lagi, ini terpaksa pula tambah keletihan dengan kerja sambilan diluar… Adakah pada ketika itu anda berasa seronok? Baiklah… Cuba pula anda bayangkan jika kemahiran yang ada pada diri anda amat diperlukan oleh ramai orang. Pasti anda dapat merasai perbezaan perasaan dari situasi yang tadi bukan? Kita akan merasai bahawa diri kita dihargai dan berasa seronok untuk melakukannya kerana kemahiran kita dapat membantu serta dapat menyempurnakan kehendak ramai orang yang memerlukan perkhidmatan kemahiran dari kita.
  • Kesemua kerja sambilan /part time dapat membantu menyelesaikan masalah kita terutama sekali untuk menghasilkan sumber pendapatan tambahan. Hanya bezanya di sini adalah jika kerja sambilan yang kita lakukan melalui kemahiran kita sendiri, kita tidak terikat dengan masalah stok produk atau kehabisan stok produk. Ini kerana sekiranya anda menghasilkan sesuatu produk melalui kemahiran anda itu, anda adalah pemilik perniagaan dan anda jugalah pengeluar produk anda itu sendiri. Anda sendiri dapat menentukan berapa banyak produk yang anda hendak hasilkan atau lakukan mengikut kemampuan anda.
  • Selain daripada itu, anda dapat menentukan berapa banyak pendapatan yang anda nak capai. Apabila masalah stok barangan anda dapat atasi, sudah tentu anda tiada masalah untuk melipatgandakan pendapatan anda dengan menjual produk atau perkhidmatan anda dengan berkali-kali ganda.

 

Tetapi, persoalan BESAR di sini adalah……

Adakah anda mempunyai kemahiran atau bakat? Jika tiada, bagaimana?

Ketahuilah… Sewaktu ketika dahulu, saya tiada sebarang kemahiran atau bakat langsung. Akan tetapi disebabkan saya MEMINATI bidang jahitan, saya sedaya upaya saya mencari jalan untuk mempelajarinya sehingga saya berjaya menguasai kemahiran menjahit ini.

Melalui pengalaman yang saya lalui ini, saya akan kongsikan kepada anda cara bagaimana kemahiran atau bakat itu dapat dicipta dan dibina dalam diri kita cuma perkongsian ini saya tidak huraikan di dalam artikel ini.

Kita akan bincangkannya dengan lebih lanjut dalam artikel yang akan datang…

 

Siti Naduwa
Founder / Pengasas
Wawan Tailor Trading (SA0322052-K)
-Sentuhan Jarum Emas-
Web : www.RahsiaBajuKurung.com
Blog : blog.WawanTailor.com
FB : www.facebook.com/BelajarJahitWawanTailor
Telegram Channel : telegram.me/BelajarJahitWawanTailor

PS: Mahu jadikan bidang jahitan sebagai kemahiran anda seterusnya memulakannya sebagai perniagaan untuk dijadikan kerja sambilan / part time anda? Layari http://produk.wawantailor.com atau Klik disini untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *