Pita ukur jahitan atau juga disebut pita pengukur jahitan merupakan alat jahitan dalam kategori alat mengukur. Ia merupakan alat yang penting perlu dimiliki oleh setiap tukang jahit atau sesiapapun yang sedang belajar menjahit. Pita ukur akan sentiasa bersama dengan tukang jahit. Kebiasannya si tukang jahit akan membawa pita ukur dengan mengkalungkan dilehernya sebelum mengukur kain atau mengukur badan pelanggan.
Fungsi Dan Kegunaan Pita Ukur Jahitan
Pita ukur adalah alat pengukur yang berbentuk pita dan bersifat fleksibel atau dengan kata lain mudah dibentuk. Kegunaan pita ukur jahitan adalah untuk membuat pengukuran pada badan orang yang hendak membuat pakaian. Ini kerana pita ukur dapat mengikuti bentuk lengkung badan yang kita hendak ukur.
Antara ukuran badan yang biasanya diukur adalah lilitan dada, lilitan pinggang, lilitan pinggul, lebar bahu. Juga lilitan kerung lengan, panjang lengan, panjang pakaian, dan ukuran lain yang diperlukan mengikut design pakaian.
Pita ukur jahitan merupakan peralatan asas buat si tukang jahit kerana ia digunakan untuk mengukur ukuran bahagian tubuh badan pelanggan. Tidak hanya mengukur tubuh badan pelanggan sahaja, kadang-kadang ia juga berfungsi untuk mengukur kain dan mendraf pola. Dengan sifatnya yang fleksibel, ia juga boleh digunakan untuk mengukur garis lengkung seperti mendapatkan ukuran kerung lengan pada draf pola.
Ciri-Ciri Pita Pengukur Jahitan
Terdapat 2 unit ukuran pada pita ukur jahitan iaitu unit sentimeter (cm) dan unit inci (Inch). Pada bahagian depan pita ukur memaparkan unit dalam inci mankala pada bahagian belakangnya pula memaparkan ukuran unit sentimeter. Unit sentimeter dan inci ini merupakan unit ukuran yang digunapakai oleh semua negara dalam pembuatan pakaian.
Terdapat berbagai jenis dan bentuk pita ukur, kebiasaannya pita ukur bersaiz lebar 1/2 inci atau 1 inci yang digunakan. Panjang pita ukur kebiasaanya 150 cm atau dalam unit incinya iaitu 60 inci. Warnanya juga terdapat pelbagai jenis warna seperti kuning, merah, hijau, putih dan sebagainya.
Dihujung dan pangkalnya berlubang serta mempunyai logam. Logam ini menolong pita itu betul-betul terletak di atas permukaan apabila mengambil ukuran badan dan mengukur semasa membuat mendraf pola. Ia juga mengelakkan pita ukur itu daripada berjerumbai pada bahagian hujungnya.
Tips-tips Penting Sebelum Membeli
Usahakan untuk memiliki pita ukur yang tidak mudah diregangkan. Ini disebabkan supaya pegukuran yang kita buat dapat bacaan yang tepat dan pakaian yang kita hendak jahit sesuai dengan permintaan.
Gunakan pita ukur yang diperbuat daripada plastik lembut atau kaca fibrika (kaca gentian) ataupun kain minyak. Ini kerana pita yang diperbuat daripada bahan-bahan yang disebutkan tadi tidak merenggang atau mengecut. Pita ukur yang murah dan kurang baik mutunya kadangkala berjerumbai dan merenggang.
Demikian perkongsian dari kami tentang pengenalan pita ukur jahitan. Ia merupakan perlatan jahitan asas yang sangat penting. Sekiranya artikel ini bermanfaat, kongsikan kepada rakan anda dengan menekan button share dibawah. Anda ingin mempelajari jahitan pakaian lebih lanjut? Layari halaman kami dengan Klik Disini.
Assalamualaikum, saya nk tanya soalan. Tujuan menggulung pita pengukur bermula dengan bahagian hujung tu kn, ape eh? Sy harap dapat tolong sy .🤗
Menggulung pita pengukur bermula dari bahagian hujung kerana memudahkan pengguna dalam membaca pengukuran dengan tepat. Ini kerana apabila pita digulung, hujungnya dijaga agar tidak berlipat atau kusut, memastikan penggunaan yang efektif dan tepat.