Pengertian Ukuran Saiz Baju All size

Memilih saiz baju atau pakaian adalah sangat mudah. Apa yang perlu kita buat hanyalah mengukur badan kita dan menyesuaikaanya dengan saiz pakaian yang kita mahu beli. Jika ukuran saiz kita adalah saiz M, maka baju atau pakaian yang kita akan beli adalah yang bersaiz M.

Akan tetapi, bagaimana jika baju atau pakaian yang tersedia memamparkan ukuran saiz “All Size” atau kata nama lain “Free Size”? Apa sebenarnya yang dimaksudkan ukuran “All Size” ini? Kali ini, WawanTailor.com akan membincangkan pengertian ukuran saiz baju “All size” ini.

Maksud Ukuran Saiz Baju All Size Atau Free Size

Perlu diketahui bahawa ukuran baju ‘All Size’ sendiri adalah ukuran baju yang hanya ada di Asia. Khususnya di negara Jepun, Korea, serta China. Kemudian ukuran baju ‘All Size” ini secara beransur-ansur mula disesuaikan dan diterapkan di Malaysia. Oleh itu, jangan terkejut jika anda menjumpai beberapa penjual pakaian yang menyatakan dan memaparkan saiz “All Size” pada produk pakaian mereka.

Secara umumnya, apa yang dimaksudkan dengan ukuran saiz ‘All Size’ ialah saiz pakaian antara saiz M dan L. Saiz M bermaksud “Medium” atau saiz baju sederhana. Manakala saiz L bermaksud “Large” atau saiz baju yang lumayan besar.

Istilah-istilah saiz All Size

Istilah lain dari saiz “All Size” adalah “M fit L” atau “M fit to L”. Namun, khusus untuk “M fit to L”, dapat merujuk kepada dua kemungkinan.

  • Kemungkinan pertama adalah bahawa baju tersedia dalam saiz XS, S, M dan L.
  • Kemungkinan kedua pula adalah pakaian itu memang direka dalam satu saiz. Dalam erti kata lain, baik orang dengan ukuran XS, S, M, atau L dapat memakainya dengan selesa.

Sememangnya tubuh orang Asia berbeza dengan tubuh orang Eropah yang kebanyakannya bertubuh besar. Mejoriti tubuh orang Asia yang berukuran sederhana menjadikan ukuran saiz baju “All Size” ini dapat diterapkan disini.

Penjelasan Lanjut Berkenaan Ukuran Saiz Baju All Size

Walaupun secara umumnya pakaian “All Size” ini merujuk kepada saiz antara M dan L, kadangkala saiz “All Size” boleh lebih kecil daripada saiz M atau lebih besar dari ukuran saiz L. Bukan itu sahaja, saiz “All Size” ini juga boleh merujuk pada saiz antara S dan M, L dengan XL, serta XL dengan XXL. Kerana, pada dasarnya saiz ini sememangnya bukan ukuran yang dapat dipastikan panjang lebarnya.

Seperti kebanyakan tubuh orang Asia yang mejoriti berukuran sederhana, ukuran puratanya berada di antara ukuran saiz M dan L berkemungkinan fit di size M atau L kecil. Ada kalanya saiz “All size” boleh melebihi ukuran saiz L dan boleh kurang daripada ukuran saiz M. Itu menunjukkan bahawa saiz “All size” adalah saiz yang tidak pasti panjang dan lebarnya. Apa yang pasti ialah ukuran ini merujuk kepada purata ukuran saiz orang Asia, termasuk Malaysia.

Demikian penjelasan dari kami berkenaan pengertian ukuran saiz baju “All size”atau kata nama lain “Free size”. Sekiranya artikel ini bermanfaat untuk anda, sila kongsikan artikel ini dengan menekan pada button share dibawah. Semoga dengan perkongsian anda itu dapat membantu orang yang mencari jawapan berkenaan pegertian ukuran saiz “All size” dapat ditemukan disini.

Anda ingin mempelajari lebih lanjut berkenaan ilmu jahitan pakaian? Layari halaman kami Disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *