Saiz Baju All Size – 3 Tips Membeli Baju saiz ini

Walaupun di Malaysia mempunyai ukuran saiz baju standard yang biasa digunakan, selain saiz itu terdapat juga saiz baju All Size. Namun seperti dijelaskan pada artikel sebelum ini, ukuran saiz baju All Size adalah ukuran yang tidak pasti panjang dan lebarnya. Bukan itu sahaja, apa yang dimaksudkan dengan saiz baju All Size juga boleh berbeza-beza.

Boleh jadi ia ukuran antara XS dan S, boleh jadi juga ukuran antara S dan M. Boleh pula saiz antara M dan L, ukuran antara L dan XL atau bahkan saiz antara XL dan XXL. Oleh sebab itu lah, pada kali ini WawanTailor.com akan berkongsikan 3 tips bagaimana membeli baju yang berukuran All size. Berikut adalah penerangannya.

1. Tanya Ukuran Saiz Baju Kepada Penjual

Ketika anda hendak membeli baju yang berukuran All Size, kami menyarankan agar anda menanyakan terlebih dahulu kepada penjual. Ukuran apakah saiz baju All Size yang mereka jual itu?

Biasanya, bila penjualnya memang sudah berpengalaman, mereka akan memberitahu bahawa ukuran All Size yang dimaksudkan itu. Samada ia ukuran All Size M fit L, atau ukuran All Size S fit M. Ataupun ukuran All Size L fit Xl, dan seterusnya.

Hal ini penting agar anda tidak berasa tertipu ketika hendak membeli baju yang berukuran All Size. Antara sebabnya, ukuran standard baju All Size sememangnya berbeza-beza. Baik itu ukuran standard baju All Size lelaki ataupun ukuran standard baju All Size wanita.

2. Mencuba Pakaian Sebelum Membeli

Selain bertanya mengenai ukuran saiz baju All size, ada baiknya anda mencuba terlebih dahulu pakaian yang anda ingin beli itu. Terutamanya wanita, kerana bentuk badan wanita sangat berbeza. Oleh sebab itu, penanda aras saiz M atau L tidak selalunya sesuai apabila digunakan.

Terdapat wanita yang bahagian dadanya lebih besar, atau ada pula yang lebih kecil. Terdapat juga wanita yang mempunyai punggung yang lebih besar, juga ada pula yang mempunyai punggung yang lebih kecil.

Oleh itu, khusus untuk wanita selain bertanya tentang saiz, lebih baik anda mencuba pakaian yang anda ingin beli terlebih dahulu.

3. Pastikan Ada Sistem Refund

Sebaiknya, pastikan anda menbeli baju atau pakaian yang mempunyai sistem Refund atau penukaran barangan. Ini kerana jika anda membeli baju yang bersaiz All Size secara online, anda tidak dapat mencuba pakaian itu terlebih dahulu.

Berkemungkinan ukuran saiz baju All size yang dimaksudkan tidak sesuai dengan ukuran tubuh anda. Mungkin saiz bajunya lebih kecil daripada anda atau lebih besar.

Seperti kita sudah maklum, ukuran baju All size adalah ukuran yang tidak pasti panjang dan lebarnya. Sekiranya saiz baju tidak sesuai, dengan sistem refund ini anda boleh memulangkannya dan mendapatkan semula wang anda.

Semoga dengan perkongsian 3 tip membeli baju berdasarkan ukuran saiz baju All size ini dapat memberi manfaat kepada anda. Sila kongsikan kepada rakan-rakan yang sama minat menjahit dengan anda agar memperolehi manfaat bersama. Klik button share dibawah.

Anda nak belajar menjahit pakaian sendiri dirumah? Baca maklumat lanjut Disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *