7 Kategori Peralatan Jahitan

      No Comments on 7 Kategori Peralatan Jahitan

Bagi mereka yang baru ingin mempelajari ilmu jahitan, mempelajari ASAS JAHITAN merupakan perkara yang WAJIB dipelajari dahulu sebelum memulakan atau mendalami ilmu jahitan yang selanjutnya. Antara salah satu asas jahitan yang perlu diketahui dahulu adalah mengenali setiap peralatan jahitan yang hendak digunakan itu serta fungsinya.

Sebelum mengenali setiap satu per satu peralatan jahitan itu, peralatan jahitan ini dapat dibahagikan kepada 7 kategori. Berikut adalah 7 ketegori peralatan jahitan yang anda perlu ketahui :

 

1. Alatan Mengukur

  • Alat pengukuran yang digunakan untuk proses kerja mengukur sesuatu ukuran pada benda kerja mengikut spesifikasi yang ditetapkan bagi mendapatkan ukuran yang diperlukan.

2. Alatan Mendraf

  • Peralatan yang digunakan untuk membuat lakaran kasar atau gambaran awal pola atau corak bentuk setiap bahagian-bahagian pakaian yang hendak dijahit bagi dijadikan sebagai contoh semasa penghasilan sesuatu pakaian.

3. Alatan Menanda

  • Peralatan yang digunakan untuk membuat tandaan sebagai persiapan sebelum melakukan sesuatu kerja pada bahan kerja jahitan.

4. Alatan Menekan

  • Peralatan yang digunakan sebagai menekan pada bahan kerja jahitan bagi tujuan meratakan dan mengemaskan lipatan atau kelim pada bahan kerja jahitan.

5. Alatan Menjahit

  • Peralatan jahitan yang digunakan untuk menjalankan suatu pekerjaan yang berkaitan dengan aktiviti menyambung bahan-bahan yang boleh dilalui / dicucuk oleh jarum jahit dan benang.

6. Alatan Memotong

  • Sesuatu alat yang digunakan untuk memotong bahan kerja bagi membentuk bahan kerja tersebut sesuai dengan yang kita inginkan berdasarkan prosedur-prosedur yang telah dibuat dan diteliti.

7. Alatan Menyenggara

  • Peralatan yang akan digunakan untuk menyelenggara bagi tujuan mengekalkan atau memulihkan unit fungsi itu dalam keadaan di mana unit ini boleh melaksanakan fungsinya yang diperlukan.

 

Semoga dengan perkongsian 7 Kategori Peralatan Jahitan ini dapat membantu anda untuk meneruskan minat bagi mendalami ilmu jahitan.

Sekiranya anda ingin mempelajari ilmu menjahit lebih lanjut dan mahu menjadikan menjahit pakaian sebagai sumber pendapatan tambahan anda, Klik Disini untuk maklumat lanjut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *