Saiz Ukuran Baju Standard All Size Lelaki Dan Wanita

Oleh sebab ketidakpastian ukuran lebar dan panjang dari ukuran saiz baju All size, menyebabkan kebanyakkan orang keliru dengan saiz ini. Lebih-lebih lagi semasa hendak membeli baju yang bersaiz ini. Akan tetapi, pada artikel yang lepas WawanTailor.com telah menyelesaikan masalah ini. Kami telah berkongsikan beberapa tips bagaimana hendak membeli baju yang bersaiz All Size supaya ia sesuai dengan tubuh si pemakainya.

Akan tetapi, timbul pula persoalan lain berkenaan ukuran saiz baju ini. Yelah, kita perlu maklumat yang lengkap tentang saiz ini. Supaya apa sahaja tindakan yang melibatkan saiz baju ini kita tidak perlu ragui lagi dan berasa yakin. Lalu, persoalan yang sering timbul adalah apakah ukuran standard baju All size? Berapa ukuran standard baju All size lelaki? Dan berapa pula ukuran standard baju All size wanita? Mari kami kongsikankan jawapanya.

Saiz Tubuh Badan Orang Malaysia

Seperti kita sedia maklum, ukuran saiz baju All size ini tidak dapat ditentukan dengan ketepatan saiznya. Samada ia ukuran saiz All size S fit M, M fit L atau L fit XL. Ia juga mempunyai saiz lebih kecil dari itu iaitu XS fit S. Dan juga lebih besar dari itu seperti XL fit XXL dan seterusnya.

Secara umumnya, majoriti saiz tubuh badan orang Asia terutamaya di Malaysia berukuran sederhana. Ini bermakna secara puratanya saiz tubuh badan orang Malaysia antara saiz M ke saiz L. Hanya segilintir sahaja tubuh badan orang Malaysia yang mempunyai tubuh badan kecil dibawah saiz S seperti XS dan seterusnya. Juga segelintir orang sahaja yang memiliki tubuh badan yang besar melebihi saiz L seperti saiz XL, XXL dan seterusnya.

Jadi, kita dapat membuat kesimpulan bahawa tubuh standard orang Malaysia hanya berada di saiz M dan L. Maka saiz standard All size yang ideal untuk tubuh orang Malaysia adalah saiz All size M fit to L.

Ukuran Saiz Baju Standard All Size Lelaki

Ukuran standard baju All Size lelaki sebenarnya merujuk kepada saiz standard badan lelaki di Asia. Apabila ia digunakan di Malaysia serta menggunakan saiz badan orang Malaysia. Maka ukuran saiz baju itu menjadi ukuran standard baju All size lelaki di malaysia. Jadi Berapakah ukurannya itu?

Seperti diperbincangan sebelum ini, ukuran saiz tubah badan orang Malaysia berada di antara saiz M ke saiz L. Maka saiz standard yang akan diguna pakai adalah saiz All size M fit to L. Iaitu ukuran kelebaran dada 48 cm x 70 cm panjang baju atau 44cm x 65cm. Jadi, ukuran standard baju All Size lelaki di Malaysia umumnya menggunakan dua ukuran ini.

Ukuran Saiz Standard Baju All Size Wanita

Ukuran standard baju All Size wanita juga merujuk pada saiz standard badan perempuan di Asia. Apabila digunakan di Malaysia dan menggunakan saiz badan wanita Malaysia. Maka ukuran standard baju All Size wanita ini menjadi ukuran standard badan wanita di Malaysia.

Secara umumnya, ukuran lebar dada wanita di Malaysia adalah 40 cm x 63 cm panjang. Jadi, ukuran standard baju All Size wanita di Malaysia umumnya menggunakan ukuran ini.

Baca juga artikel : Pengertian Ukuran Baju All Size

Demikianlah penjelasan mengenai ukuran saiz baju standard All Size lelaki dan wanita. Semoga artikel ini dapat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda berminat untuk belajar menjahit pakaian dengan lebih lanjut, lawati halaman kami dengan Klik Disini.

Jangan lupa share kepada rakan-rakan yang sama minat menjahit dengan anda. Klik button share dibawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *