Kita sebagai manusia biasa tidak lari daripada perasaan serta semangat yang berubah-ubah. Lebih-lebih lagi jika anda belajar menjahit secara sendiri. Pasti kadang-kadang semangat dan motivasi kita mula menurun disebabkan oleh faktor diri kita sendiri atau persekitaran kita.
Oleh itu, dalam artikel kali ini, kami ingin membincangkan 3 tip motivasi untuk anda yang nak belajar menjahit sendiri. Berikut penerangannya…
1. Fokus Pada Latihan Belajar Menjahit
Semasa anda belajar menjahit sendiri, biasakan diri untuk menyelesaikan perkara-perkara yang lebih penting terlebih dahulu terutama pada latihan jahitan yang sedang dibuat.
Anda perlu fokus untuk menyiapkan perkara-perkara atau latihan jahitan yang anda sedang lakukan.
Setelah ia siap, barulah anda beralih pada tugasan atau latihan jahitan yang lain. Ini dapat membantu anda untuk menghindari atau mengelak sebarang gangguan tidak dijangka yang boleh menjejaskan jadual dan modul pembelajaran jahitan anda.
2. Ciptakan Suasana Belajar Menjahit Yang Menyeronokkan
Jika anda ingin berjaya dalam pembelajaran menjahit sendiri ini, kunci utamanya adalah mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Jauhi daripada perkara-perkara yang boleh membuat anda berasa tertekan semasa belajar menjahit.
Belajar jahit memang penting, tetapi sekiranya ia tidak disertai dengan perasaan dan semangat yang baik maka segala-galanya akan merosakkan.
3. Perbanyakkan Latihan Menjahit
Pada prinsipnya, kegiatan belajar jahit ini memerlukan lebih banyak latihan daripada teori. Jika percubaan kali pertama dan kedua gagal, jangan pernah sesekali teragak-agak untuk mencubanya lagi. Dengan membuat banyak kali percubaan, kemahiran menjahit anda akan berkembang dengan lebih baik.
Dengan membiasakan diri dengan jahitan, pasti akan ada satu masanya anda akan meyedari bahawa belajar jahit itu bukan suatu kewajiban melainkan ia sudah menjadi hobi. Semakin banyak kerja jahitan yang anda lakukan, maka anda akan semakin terlatih.
Selepas anda berjaya dan mahir menjahit sesuatu design pakaian, selanjutnya anda boleh mencari design yang lain untuk menyambung latihan jahitan anda. Cari cabaran untuk jahit sesuatu yang baru dengan belajar menjahit model pakaian yang lebih sukar bagi meningkatkan tahap kemahiran jahitan anda.
Baca artikel ini juga : 4 kaedah bagaimana KEMAHIRAN atau BAKAT dapat dibina dalam diri
Demikian perbincangan ringkas mengenai beberapa perkara yang perlu anda perhatikan apabila mengambil keputusan untuk belajar menjahit sendiri. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai banyak perkara yang masih perlu dilakukan dengan jahit menjahit ini, layari halaman kami Di Sini.
Sekiranya artikel ini bermanfaat buat anda, kongsikannya pada rakan-rakan anda semoga mereka juga memperolehi manfaat yang sama seperti anda. Klik button share dibawah.