4 Cara Untuk Memiliki Mesin Jahit Dengan Kos yang EKONOMI

 

Dalam artikel kali ini, saya ingin kongsikan 4 cara untuk anda boleh gunakan sebagai permulaan bagi anda yang tiada mesin jahit dirumah dan untuk memilikinya pada harga yang EKONOMI.

(1) Pinjam mesin jahit dari rakan atau saudara mara anda.

  • Ini adalah sebagai langkah permulaan bagi anda yang belum ada modal untuk memiliki mesin jahit sendiri. Anda boleh bertanyakan kepada jiran-jiran, rakan-rakan, atau saudara-mara anda sama ada mereka mempunyai mesin jahit yang mereka jarang gunakan dan sudi untuk memberi pinjam kepada anda untuk beberapa hari.

(2) Sewa mesin jahit.

  • Anda juga boleh menyewa mesin jahit dari rakan atau saudara-mara sekiranya anda mahu menggunakannya dalam tempoh yang lama. Sekiranya anda telah mula menerima tempahan jahitan tetapi masih belum ada mesin jahit sendiri, anda boleh menyewa mesin jahit mereka itu sebelum anda mengumpul modal untuk memiliki mesin jahit sendiri. Daripada mereka tidak menggunakannya, lebih baik anda sewa dari mereka. Mereka juga dapat untung dari hasil sewa mesin jahit itu. Win-Win situation.

(3) Beli mesin jahit secara ansuran bulanan.

  • Buat tinjauan di internet atau mencari mana-mana kedai yang ada menjual mesin jahit dengan menggunakan kaedah bayaran secara ansuran bulanan. Dengan kaedah bayaran seperti ini, ia dapat membantu anda dan tidak membebankan anda.

(4) Beli mesin jahit terpakai / second hand.

  • Anda juga boleh memiliki mesin jahit dengan mendapatkan mesin jahit yang terpakai / second hand dikedai-kedai barangan terpakai / second hand. Walaupun ia barang terpakai tetapi jika ia masih boleh digunakan lagi dan tiada sebarang kerosakan ia tidak menjadi masalah untuk memilikinya. Malah ia lebih ekonomi jika nak dibandingkan dengan memiliki mesin jahit yang baru pada jenis dan jenama yang sama.

 

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk meneruskan niat bagi mempelajari ilmu jahitan. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiaanya.

Walaupun anda tidak dapat untuk memiliki mesin jahit sekalipun, TIDAK PERLU RISAU. Anda boleh mempelajari terlebih dahulu cara penggunaan mesin jahit dan juga teknik menjahit baju kurung dari Video/DVD “Panduan Bisnes Jahit Baju Kurung Dari Rumah” kerana ia ditunjukkan secara praktikal melalui rakaman video sebenar proses menghasilkan sepasang baju kurung yang saya hasilkan sendiri.

Cuba anda pertimbangkan, mana lebih bagus jika ada mesin jahit dahulu atau ada ilmu jahitan dahulu baru ada mesin jahit kemudian. Jika ada mesin jahit sekalipun pun tetapi tidak tahu cara nak menggunakannya atau mengendalikannya, tiada gunanya juga kan. Silap-silap jadi barang perhiasan sahaja mesin jahit anda itu. Kan lebih bijak jika anda pelajari dahulu menggunakannya melalui Video/DVD “Panduan Bisnes Jahit Baju Kurung dari Rumah” ini kemudian baru anda miliki mesin jahit anda itu. Layari http://www.RahsiaBajuKurung.com atau klik disini untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *