Perlu ada MESIN JAHIT dulu ke untuk BELAJAR MENJAHIT ni?

 

Adakah KETIADAAN mesin jahit menjadi PENGHALANG anda untuk MENERUSKAN belajar menjahit?

Memang tidak dinafikan agak sukar untuk anda menjahit sesuatu pakaian tanpa perlu menggunakan mesin jahit. Walaubagaimanapun, langkah-langkah untuk menyiapkan sepasang baju bukan hanya melibatkan penggunaan mesin jahit sahaja. Ada sebahagian proses daripadanya TANPA PERLU menggunakan mesin jahit. Penggunaan mesin jahit ini hanya akan digunakan semasa DIAKHIR proses pembuatan pakaian itu sahaja.

Sebagai contoh anda mahu menjahit sepasang baju kurung. Langkah permulaannya, anda boleh mulakan dengan belajar memahami asas Baju Kurung itu terlebih dahulu. Kemudian, pelajari teknik mengambil ukuran samada mengambil ukuran dari badan atau melalui ukuran baju contoh. Selepas anda sudah memperolehi ukuran yang diperlukan, langkah seterusnya adalah menyiapkan setiap bahagian Pola Baju Kurung berdasarkan ukuran yang diperolehi itu. Kemudian, dari pola yang dihasilkan itu, tiba masanya pula untuk anda menentukan ukuran pada kain / fabrik dan seterusnya memotong kain / fabrik berdasarkan ukuran yang anda telah buat itu.

Anda perlu mahirkan teknik-teknik tersebut dengan mengaplikasikannya kepada beberapa helai baju terlebih dahulu. Apabila anda sudah mempunyai bajet yang mencukupi, anda bolehlah mendapatkan sebuah mesin jahit dan meneruskan proses terakhir penghasilan Baju Kurung dengan menjahit setiap bahagian-bahagian Baju Kurung untuk dicantumkan.

Sekiranya anda berminat untuk belajar menjahit dan sedang berkira-kira untuk memulakan langkah pertama dengan mempelajari cara membuat pakaian terutamanya Baju Kurung, ketiadaan mesin jahit bukanlah penghalang untuk anda memahirkan diri dengan langkah-langkah penting lain yang terlibat dalam menyiapkan sepasang Baju Kurung.

Didalam Pakej Video/DVD “Panduan Bisnes Jahit Baju Kurung Dari Rumah”, ada menunjukkan cara penggunaan mesin jahit dan langkah-langkah menjahit sehingga siap sepasang Baju Kurung. Ia dapat membantu anda yang tiada mesin jahit untuk memepelajari cara menjahit dengan menggunakan mesin jahit kerana ia ditunjukkan secara praktikal melalui rakaman video. Ia lebih mudah untuk difahami berbanding cara pembacaan atau membaca buku yang hanya ditunjukkan melalui gambar dan teori sahaja.

Untuk mendapatkan Pakej Video/DVD “Panduan Bisnes Jahit Baju Kurung dari Rumah“, layari www.RahsiaBajuKurung.com atau Klik disini untuk membuat tempahan sekarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *