Berapakah KOS dan KEUNTUNGAN untuk sepasang Baju Kurung?

 

Dalam artikel sebelum ini, kita telah membincangkan bagaimana anda boleh mendapat semula modal kos untuk memiliki sebuah mesin jahit serta kelengkapan perlatan jahitan untuk menjalankan aktiviti menjahit. Sememangnya kos untuk memilikinya amat kecil sekiranya anda tahu tekniknya bukan?

Dalam artikel kali ini pula, saya nak kongsikan kepada anda,

ANGGARAN KOS SERTA KEUNTUNGAN YANG ANDA AKAN PEROLEHI UNTUK MENJAHIT SEPASANG BAJU KURUNG

Baiklah, untuk mengulas dengan lebih lanjut, kita tengok anggaran kos untuk menjahit sepasang Baju Kurung apabila anda sudah ada mesin jahit dan semua peralatan yang diperlukan:

Benang : 80 sen
Butang : 15 sen
Getah dan pengeras untuk pinggang : 40 sen
Cangkuk dan palang : 15 sen
Zip kain : 30 sen
Kain khas untuk leher : 20 sen
Jahit tepi : RM2.00 (Jika anda tiada mesin jahit tepi)

Kos pengangkutan pula RM2.00 (ini adalah anggaran kos pengangkutan untuk anda membeli barang yang diperlukan seperti yang dinyatakan diatas dan kos untuk menghantar kedai jahitan bagi menjahit tepi fabrik. Ia menjimatkan jika anda mempunyai tempahan jahitan yang lebih oleh sebab kos pengangkutan hanya digunakan sekali sahaja).

Kesemua jumlah kos adalah RM6.00. Ini adalah anggaran kos untuk menjahit sepasang Baju Kurung, barangan seperti getah pinggang dan cangkuk kain perlu dibeli dalam kuantiti melebihi 1 unit. Jadi, kos sebenar untuk menjahit sepasang baju kurung adalah lebih murah daripada kos yang dinyatakan di atas.

Upah menjahit sepasang baju kurung pula adalah antara RM30 ke RM45 sepasang bergantung kepada kawasan samada bandar atau luar bandar.

Sekiranya upah yang anda ambil untuk menjahit sepasang Baju Kurung adalah RM40. Katakan anda mengambil tempahan menjahit 4 pasang baju kurung dalam masa sebulan, ini bermakna dalam seminggu anda hanya diperuntukkan untuk menyiapkan sepasang baju kurung sahaja. Jumlah pendapatan anda daripada 4 pasang baju kurung tersebut adalah RM160.

Sekiranya jumlah kos sepasang baju kurung adalah RM6. Jadi, kos untuk menjahit 4 pasang baju kurung adalah RM24 (RM6 x 4 = RM24). Apabila jumlah pendapatan dari 4 pasang baju kurung RM160 ditolak dengan kos iaitu RM24, maka keuntungan sebenar anda adalah RM136. Keuntungannya adalah 85% daripada hasil jualan dengan hanya menjalankan perniagaan kecil-kecilan di rumah sendiri.

Sudah pasti anda sudah faham bagaimana mengambil upah menjahit Baju Kurung. Dengan menerima tempahan Baju Kurung dirumah sahaja anda dapat menghasilkan pendapatan tambahan yang lumayan. Mulakan dengan menerima tempahan jahitan secara kecil-kecilan dirumah, apabila anda telah mencukupi modal hasil dari keuntungan tempahan jahitan itu, bolehlah anda mara langkah setapak kehadapan untuk membuka kedai jahitan milik anda untuk mengembangkan perniagaan.

Untuk memulakan langkah pertama anda untuk menjana pendapatan tambahan dirumah dengan menjahit Baju Kurung, Pakej Video/DVD “Panduan Bisnes Jahit Baju Kurung Dari Rumah” dapat membantu anda. Ia akan menerangkan bagaimana untuk anda memulakan perniagaan jahit Baju Kurung ini dari rumah. Layari http://www.RahsiaBajuKurung.com atau KLIK DISINI untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *