3 Langkah Awal Belajar Menjahit Sendiri

Terdapat pelbagai cara untuk mempelajari ilmu jahitan. Paling mudah dan praktikal adalah secara menghadiri kursus menjahit atau ke kelas jahitan. Oleh disebabkan yuran untuk ke kelas jahitan agak mahal dan memerlukan tempoh masa dan tenaga kita untuk menghadirinya, dengan mengambil keputusan untuk belajar menjahit sendiri adalah langkah terbaik.

Bagi mereka yang masih belum mengenal dunia jahitan, belajar menjahit secara bersendirian ini tidak semudah yang disangkakan. Oleh itu, kita perlu mempersiapkan diri dengan perkara-perkara penting sebelum memulai belajar jahit ini. Berikut merupakan 3 langkah awal yang perlu anda lakukan sekiranya hendak belajar jahit sendiri.

1. Tentukan Niat Sebenar Belajar Menjahit

Sebelum anda mula belajar menjahit, anda harus terlebih dahulu mengetahui apa yang menyebabkan anda bermotivasi untuk belajar jahit ini. Adakah tujuan niat anda untuk mengisi masa lapang anda atau anda ingin menjalankan perniagaan jahitan atau anda mempunyai sebab-sebab yang lain. Niat anda ini yang menentukan yang anda benar-benar yakin dan percaya bahawa anda ingin belajar untuk jahit.

Menentukan niat adalah sangat penting, memandangkan pembelajaran untuk belajar menjahit sendiri memerlukan proses yang tidak begitu pendek.

Yakinkan diri dan pastikan bahawa tiada apa-apa yang sia-sia dalam proses pembelajaran, supaya anda dapat lebih mudah menikmati dan menjalani setiap proses dengan senang hati.

2. Buat Jadual Yang Konsisten

Jika anda sudah mengetahui sebab mengapa anda perlu belajar menjahit, sudah tiba masanya untuk anda membuat jadual pembelajaran jahitan anda. Ini bertujuan agar setiap pembelajaran jahitan anda teratur dan konsisten dengan mensasarkan berapa jam yang anda perlukan untuk belajar jahit setiap hari dan minggu mengikut kesesuaian masa anda.

3. Buat Kurikulum Pembelajaran

Bagi memastikan kegiatan belajar menjahit anda lebih teratur, lebih baik jika anda membuat kurikulum pembelajaran sebagai pegangan. Dimulakan menjahit dengan meterial atau bahan yang mudah terlebih dahulu seterusnya ke meterial yang sukar untuk memulakan proses pembelajaran. Ini penting, supaya kegiatan pembelajaran menjahit yang anda lakukan tidak membebani diri anda.

Fokuskan pada satu teknik jahitan terlebih dahulu sehingga anda mahir, kemudian lanjutkan pada teknik jahitan yang seterusnya.

Sebagai contoh, pada mulanya anda belajar teknik jahitan lurus, apabila sudah mahir barulah dilanjutkan dengan teknik jahitan yang seterusnya seperti teknik jahitan melengkung dan sebagainya.

Seandainya anda membuat terlalu banyak tugasan dalam satu masa yang sama tanpa fokus satu teknik jahitan terlebih dahulu, ia akan menyebabkan anda berasa keliru untuk memilih yang mana harus dipelajari terlebih dahulu sehinga satu apa pun anda tidak dapat diselesaikan.

Baca artikel ini juga : Perlu ada MESIN JAHIT dulu ke untuk BELAJAR MENJAHIT ni?

Mudahan dengan perkongsian artikel ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada anda bagi memulakan langkah pertama dalam menceburi dunia jahitan. Sekiranya anda serius untuk belajar menjahit dalam bidang pakaian, KLIK DISINI untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *