SIAPA yang HARI-HARI pakai Baju Kurung?

      No Comments on SIAPA yang HARI-HARI pakai Baju Kurung?

 

Anda nak tahu tak SIAPA yang boleh dikatakan HARI-HARI memakai Baju Kurung?

Yelah…. Sudah tentunya golongan ini yang perlu kita UTAMAKAN berbanding yang lain kerana mereka ini BERPOTENSI TINGGI untuk membuat tempahan jahitan atau membeli Baju Kurung.

Tetapi….. SIAPAKAH MEREKA INI???

Menurut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 Tahun 1985, dalam isikandungan surat itu telah menerangkan penetapan ETIKA BERPAKAIAN semasa berkerja ketika penjawat awam atau kakitangan kerajaan menjalankan tugas. Ia telah menetapkan bahawa PAKAIAN RASMI untuk PEKERJA WANITA KERAJAAN adalah baju kebangsaan iaitu BAJU KURUNG. Penetapan ini dikecualikan bagi yang mereka menjalankan tugas beruniform.

Ini menjadikan PEKERJA WANITA KERAJAAN sebagai orang yang PALING BANYAK memiliki dan menempah jahit Baju Kurung. Cuba anda bayangkan, jika dalam seminggu mereka diperuntukkan bekerja selama 5 hari, ini bermakna mereka PASTI mempunyai SEKURANG-KURANGNYA 5 helai pasang Baju Kurung. Takkan mereka nak pakai baju yang sama setiap hari ye tak?? Dan takkan dalam setahun mereka asyik berulang-ulang pakai baju yang sama sahaja. Kalau dah HARI-HARI pakai, mustahil baju mereka tiada yang ROSAK yang terpaksa mereka PERLU menempah atau digantikan Baju Kurung yang baru.

Satu berita baik lagi… Berdasarkan kajian yang dibuat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Malaysia, menurut sumber yang diperolehinya dari Jabatan Perkhidmatan Awam menunjukkan statistik penjawat awam mendapati 56% penjawat awam adalah dari kalangan GOLONGAN WANITA.

Ini bermakna, golongan wanita LEBIH RAMAI yang berkhidmat di sektor awam berbanding dari golongan lelaki. Ini menunjukkan PELUANG BESAR untuk ‘SI TUKANG JAHIT’ untuk menumpukan perhatian kepada mereka. Jangan lepaskan peluang yang ada didepan mata ini.

Jika anda tidak mahu melepaskan PELUANG BESAR ini, mulakan SEKARANG untuk mahirkan diri dalam seni menjahit Baju Kurung. Sekiranya anda berminat untuk menceburi bidang jahitan ini, Klik disini untuk maklumat lanjut atau layari www.RahsiaBajuKurung.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *