4 Cara Mudah Belajar Menjahit Sendiri

      No Comments on 4 Cara Mudah Belajar Menjahit Sendiri

Dalam artikel sebelum ini, kita telah membincangkan persiapan awal sebelum belajar menjahit secara sendiri. Maka kita faham bahawa menentukan tujuan niat belajar jahit, membuat jadual dan menetapkan modul pembelajaran adalah sangat penting diperingkat awal.

Setelah persedian awal ini sudah dipersiapkan, maka kita boleh melangkah seterusnya dengan mengetahui cara bagaimana untuk belajar menjahit secara sendiri. Berikut perkongsian 4 cara mudah anda boleh belajar jahit secara sendiri tanpa menghadiri kursus atau kelas jahitan.

1. Belajar Menjahit Secara Online

Cubalah anda melayari laman web atau blog jahitan yang mengandungi banyak informasi dan tutorial menjahit untuk pemula. Kebiasaanya informasi dan tutorial ini disediakan dalam bentuk penulisan artikel. Dalam artikel tersebut akan disertai dengan gambar-gambar yang berkenaan bagi menjelaskan mesejnya.

Selain daripada artikel, terdapat juga laman web atau blog jahitan yang menyediakan informasi dan tutorial jahitan dalam bentuk video.

Tutorial jahitan dalam bentuk video lebih mudah dipelajari kerana penyampaian mesejnya lebih jelas langkah demi langkah proses jahitan itu. Selain jelas, ia juga boleh didengar penjelasan daripada penyampainya tentang mesej video itu.

2. Belajar Menjahit Dengan Membaca Buku Jahitan

Anda juga boleh menjadikan buku-buku yang mengandungi pelbagai tip jahitan untuk pemula sebagai rujukan jahitan anda untuk belajar menjahit sendiri. Cara mendapatkannya samada membelinya di kedai buku disekitar kawasan anda atau membelinya secara online di laman web menjual buku.

Tidak hanya dalam bentuk buku fizikal sahaja, ia juga terdapat versi buku digital iaitu ebook jahitan. Jika hendak dibuat perbezaan, harga ebook jahitan lebih ekonomi berbanding dengan buku fizikal. Buat pilihan samada buku fizikal atau ebook jahitan mengikut keselesaan anda membaca.

Selain daripada membeli, anda boleh memperolehi buku-buku jahitan ini dengan cara meminjam. Anda boleh meminjam di perpustakaan dan juga pada rakan-rakan yang sama minat menjahit dengan anda.

Cara ini lebih ekonomi sekiranya anda tidak mempunyai banyak modal untuk membeli buku sendiri.

Ada ketika buku yang kita hendak miliki itu sudah tiada pengeluaran lagi dalam erti kata lain sudah tidak jual lagi. Maka kaedah meminjam ini langkah alternatif bagi mendapatkan ilmu jahitan dalam buku yang hendak kita miliki itu.

3. Mempelajari Secara Terperinci Pola Dan Potongannya

Cara mudah mempelajari setiap perincian bentuk pola pakaian serta potongannya adalah dengan menetas jahitan pada pakaian yang sudah tidak digunakan.

Sebagai contoh anda mahu memepelajari bentuk pola baju kurung. Maka anda perlu dapatkan baju kurung yang sudah tidak digunakan lagi. Kemudian tetaskan jahitan pada baju kurung itu untuk memisahkan setiap bahgian-bahagian yang terdapat pada baju itu.

Perhatikan perbezaan bentuk pola antara bahagian badan hadapan dan belakang juga lengan serta bahagian-bahagian yang lain. Perhatikan juga arah ira kain serta kain bahagian luar dan dalam pada setiap bahgian bentuk pola.

Setelah dipisahkan, lakarkan bentuk pola setiap bahagian baju itu diatas kertas dengan cara menekap atau mengukur semula. Kemudian gunakan bentuk lakaran pola kertas itu pada kain yang hendak potong untuk dijadikan bahan jahitan anda.

Semasa menyusun pola diatas kain, pastikan ira kain mengikut seperti pada baju asal. Menyusun pola mengikut corak pada kain dan susun setiap pola mengikut susunan yang betul supaya kain mencukupi setelah dipotong.

4. Download pola baju yang siap dipakai

Sekiranya anda mahu membuat pakaian dengan segera, anda boleh mendownload pola yang sudah siap. Kebiasaanya pola siap ini akan menggunakn ukuran saiz standard seperti saiz S,M,L dan XL. Setiap saiz disertakan sakali ukuran bahu, dada, pinggang dan sebagainya dalam bentuk jadual.

Dengan menggunakakn pola siap ini anda sudah tidak perlu memikirkan begaimana untuk membuat sesuatu design pola pakain yang hendak dibuat.

Dalam erti kata lain, anda telah melangkaui langkah pembuatan pola dalam proses pembuatan pakaian. Seterusnya anda boleh terus mengaplikasikan teknik menjahit apabila kain sudah siap dipotong berdasarkan bentuk pola siap itu.

Demikianlah perkongsian artikel 4 cara mudah belajar menjahit secara sendiri. Sebenarnya artikel ini tidak terhenti disini sahaja. Nantikan sambuangan artikel ini.

PS: Sekiranya anda ingin mempelajari dan menjadikan bidang jahitan sebagai kerja sambilan bagi menambahkan sumber pendapatan anda. Klik Disini Untuk Maklumat Lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *