Hidup semakin SEMPIT akibat kos sara hidup MENINGKAT?

 

Adakah anda terasa dengan KOS SARA HIDUP yang sekarang ini semakin MENINGKAT?

Ataupun….

Anda mempunyai IMPIAN tetapi disebabkan oleh pendapatan anda yang TERHAD membuatkan anda TERPAKSA MELUPAKAN impian anda itu?

Yang sebenarnya, mahu ke atau tidak mahu kita tidak boleh nak menafikan yang kos sara hidup semakin hari semakin naik. Inilah hakikatnya yang kita terpaksa akur dan terima dalam kehidupan kita. Sama ada kita sedar atau tidak, kos sara hidup tidak akan pernah turun malah ia akan meningkat setiap tahun sedikit demi sedikit.

Jika dahulu zaman persekolahan saya sewaktu tahun 1995, dengan berbekalkan duit saku sebanyak 50 sen sahaja sudah mencukupi untuk membuat perbelanjaan saya di sekolah. Tetapi berbeza dengan zaman sekarang ini, jika kita beri duit saku sebanyak 50 sen kepada anak kita, mungkin mereka akan tanya kepada kita seperti ini:

ANAK : Ibu, duit 50 sen ni boleh beli apa?

ANDA : Kenapa? Dulu masa ibu sekolah, 50 sen ni boleh beli nasi lemak sebungkus dan air .

ANAK : Yeke? Kenapa kantin sekolah kita jual mahal? Nasi lemak sebungkus RM1 dan air RM1?

ANDA : Hmmmm…

Kalau kita bersembang dengan ‘Orang Lama’ pula senang cakap orang yang dah pencen atau yang telah besara. Pasti mereka akan cakap begini pula…

“Kamu untung sekarang ni… Baru mula kerja je gaji kamu sudah dekat RM1500. Dulu masa saya mula-mula kerja sewaktu 80an dulu… Gaji mula baru RM200 je…”

Daripada 2 situasi ini, kita dapat membuat kesimpulan bahawa dari zaman dahulu sehingga kini kos sara hidupnya berbeza dan jika diperhatikan ia semakin meningkat.

Perkara ini lebih terkesan lagi jika mereka yang mempunyai pendapatan yang tidak selari atau tidak selaras dengan kos sara hidup masa kini. Kebiasaannya ini berlaku kepada golongan berpendapatan TETAP yang TERHAD. Terhad yang dimaksudkan di sini adalah…

Sebagai contoh… pendapatan sebulan Ali sebanyak RM1000 sebulan. Jika Ali kerja lebih ke, kerja kurang ke, tidak buat kerja ke atau ikut kerja seperti yang ditetapkan, Ali tetap dapat pendapatan RM1000 sebulan juga. Tiada bezanya jika Ali kerja lebih dapat gaji lebih, jika kerja kurang dapat gaji kurang.

Golongan ini dapat mengatasinya sekiranya mereka……

  • Bijak berbelanja
  • Tidak boros
  • Berjimat cermat dalam perbelanjaan

Tetapi, ia hanyalah sekadar CUKUP-CUKUP MAKAN sahaja. Kalau dah cukup-cukup makan sahaja, bagaimana mereka nak capai impian mereka terutamanya untuk MEMILIKI RUMAH SENDIRI? Yelah… sampai bila nak menyewa sahaja? Bagaimana mereka nak membuat simpanan kewangan untuk KECEMASAN? Anda perlu ingat, MALANG TIDAK BERBAU. Kita perlu ada simpanan kecemasan untuk persediaan bagi masa-masa kecemasan dan dikala diperlukan. Senang cerita kita memerlukan duit untuk memenuhi impian-impian kita. Memang betul duit bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan duit.

Oleh itu, pada masa kini kita tidak boleh bergantung pada satu sumber pendapatan sahaja. Kita mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu lagi sumber pendapatan tambahan agar kita dapat menempuhi segala cabaran-cabaran ekonomi yang tidak menentu ini dan dapat mencapai segala impian-impian kita ataupun dapat mencapaikan impian serta hajat keluarga tersayang kita.

Sudahpasti ibu bapa anda mahu mengerjakan Haji dan Umrah jika mereka belum melaksankannya lagi. Jika tidak pun, pasti anak-anak kita mahukan sesuatu dari kita yang memerlukan duit untuk menunaikan hajatnya tetapi disebabkan kewangan kita yang TERHAD, kita terpaksa buat tak endah sahaja kemahuan mereka itu sehingga mereka menangis disebabkan impiannya tidak kita laksanakan. Kesian, mereka masih kecil dan belum sampai usianya lagi untuk memahami perkataan ‘Kos Sara Hidup’ ini.

Sebenarnya saya ingin bercerita lebih lanjut tentang perkara ini dengan anda, cuma bukan dalam artikel ini.

Kita akan bincangkannya dengan lebih lanjut lagi dalam artikel yang akan datang.

 

Siti Naduwa
Founder / Pengasas
Wawan Tailor Trading (SA0322052-K)
-Sentuhan Jarum Emas-
Web : www.RahsiaBajuKurung.com
Blog : blog.wawantailor.com
FB : www.facebook.com/BelajarJahitWawanTailor
Telegram Channel : telegram.me/BelajarJahitWawanTailor

PS: Ingin menambahkan sumber pendapatan melalui bidang jahitan bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat? KLIK DISINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *